Laman Utama › Terma & Syarat
Terma & Syarat
- Pelaksanaan program adalah tertakluk kepada keadaan cuaca, tahap keselamatan, kesihatan awam serta arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
- Pihak penganjur berhak untuk mengubah masa, lokasi, laluan, menangguhkan atau membatalkan program sekiranya keadaan didapati tidak selamat atau tidak sesuai untuk diteruskan.
- Keadaan di luar kawalan penganjur termasuk tetapi tidak terhad kepada hujan lebat, ribut, banjir, jerebu atau bacaan IPU yang tidak selamat, bencana alam, wabak, kecemasan, arahan pihak berkuasa serta kejadian luar jangka (force majeure).
- Sebarang perubahan, penangguhan atau pembatalan atas faktor di luar kawalan penganjur adalah dibuat demi keselamatan dan kebajikan semua peserta.
- Sebarang urusan berkaitan pemulangan yuran, penjadualan semula atau pemindahan penyertaan sekiranya berlaku pembatalan atau penangguhan adalah tertakluk kepada ketetapan pihak penganjur.
- Dengan membuat pendaftaran, peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan segala Terma & Syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur.